Jumaat, 11 Oktober 2019

Penjawat awam dapat RM500 akhir tahun ini

Wartawan MalaysiaGazette
MGF11102019_Human-Interest-Belanjawan-2020_06
Orang ramai tidak melepaskan peluang menonton siaran langsung pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di kaca televisyen ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
 


KUALA LUMPUR – Semua kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan RM500 akhir yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini.

Pemberian itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah,” katanya.

Pengumuman itu turut terpakai kepada pesara kerajaan yang akan menerima RM250 dan turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen.  – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: