Penjualan produk nikotin hanya dibenarkan oleh ahli farmasi berlesen

BANGI
– Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik usaha untuk
menyekat jualan serta promosi penjualan rokok elektronik dan vape dalam
talian.
Timbalan
Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya memandang serius
masalah penagihan rokok elektronik itu dan bersetuju terhadap sebarang
usaha bagi mengurangkan penjualannya.
Katanya, KKM
sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) untuk mengenakan tindakan terhadap penjualan cecair vape
yang mengandungi nikotin kerana ia dilarang di bawah Akta Racun 1952
dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ini
merupakan usaha berterusan yang bukan sahaja untuk memastikan kesihatan
masyarakat terjaga malah untuk melindungi kanak-kanak daripada terjebak
dengan gejala ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Seminar Keperluan Khas Sepanjang Hayat di Hospital Fatimah, Ipoh, hari ini.
Pada masa
sama, Boon Chye menegaskan bahawa, pembekalan dan penjualan sebarang
produk yang mengandungi nikotin hanya dibenarkan oleh ahli farmasi yang
berlesen dan pengamal perubatan berdaftar bagi tujuan rawatan.
Terdahulu,
Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia dilaporkan sedang
mempertimbang untuk menyekat promosi dan penjualan rokok elektronik
dalam talian.
Menterinya, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan KKM dan SKMM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan