Jumaat, 11 Oktober 2019

K'jaan cadang gaji minimum di bandar utama dinaikkan RM1,200

 
   

Kerajaan mencadangkan untuk meningkatkan gaji minimum untuk pekerja di bandar raya utama kepada RM1,200 tahun depan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Ini bererti peningkatan sebanyak RM100 daripada gaji minimum semasa bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Berucap ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen, Lim berkata cadangan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kos sara hidup di bandar-bandar utama.

"Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk memperbaiki kehidupan rakyat, terutama mereka yang memperoleh pendapatan yang tidak seberapa.

"Pada Jan 2019, kerajaan telah meningkatkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan.

"Oleh itu, untuk menyeimbangkan keperluan pekerja dan majikan, dan dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup di bandar-bandar utama, kerajaan mencadangkan agar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar-bandar utama, berkuat kuasa 2020," kata Lim.

Tahun lepas, semasa pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan peningkatan gaji minimum daripada RM1,000 kepada RM1,100 untuk pekerja di seluruh negara.


Tiada ulasan: