N Faizal Ghazali
Anggota
dewan undangan negeri (Adun) Md Alwi Che Ahmad mengumumkan peletakan
jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan,
hari ini.
Tindakan
itu katanya, dibuat selepas perbincangan dengan Majlis Tertinggi Umno
susulan termeterainya Piagam Muafakat Nasional antara parti itu dan PAS,
sebelum ini.
“Tetapi,
ingin saya sampaikan mulai hari ini selepas Muafakat Nasional,
sebenarnya Kelantan sudah tidak ada ketua pembangkang kerana saya
meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang.
"Kami semua (wakil rakyat BN) adalah penyokong kerajaan (Kelantan), yang tinggal hanyalah seorang pembangkang tunggal tegar.
"Beliau
(PH-Ayer Lanas) tidak ada jemaah dan menjadi pembangkang tunggal.
Terpulang kepada Speaker untuk susun semula kedudukan dalam dewan ini,"
katanya ketika membahaskan Belanjawan Kelantan 2020 di Persidangan Dewan
Undangan Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Kelantan
kini hanya mempunyai seorang wakil pembangkang iaitu Mustapa Mohamed
(PH-Ayer Lanas) - yang menang atas tiket Umno tetapi menyertai Bersatu
selepas pilihan raya umum lalu.
Terdahulu, cadangan supaya jawatan ketua pembangkang ditiadakan di negeri dikuasai Umno dan PAS dilontarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.
Menurut
beliau, cadangan awal itu supaya dapat menggambarkan permuafakatan
antara kedua-dua parti selepas menandatangani Piagam Muafakat Nasional
pada 14 September lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan