Cuaca buruk dijangka berterusan sehingga jam 5 petang: MetMalaysia

BANGI
– Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut
petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu
berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan di beberapa kawasan
sehingga jam 5 petang ini.
Amaran itu membabitkan negeri di utara
Semenanjung iaitu Perlis, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Kedah
iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan,
Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Ia turut menjejaskan Perak, iaitu Kerian,
Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta,
Kampar, Hilir Perak, Batang Padang serta Mualim, kata jabatan itu.
Cuaca buruk berkenaan juga melanda negeri
Pantai Timur membabitkan Kelantan (Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah,
Machang dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut) dan Pahang (Rompin).
Jabatan itu berkata, amaran sama juga
membabitkan negeri Selangor iaitu di Hulu Selangor, Gombak, Petaling
serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Katanya, daerah Seremban, Negeri Sembilan
dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan
Johor Bahru) turut dilanda ribut petir.
Selain itu, jabatan itu turut memberi
amaran terhadap Limbang, Sarawak serta beberapa daerah di Sabah iaitu di
Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan), di Pantai Barat, Tawau
(Lahad Datu), di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan)
serta Kudat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan