Khamis, 14 Mac 2019

Terperangkap dalam kebakaran, tiga sahabat nyaris maut

Dewi Nur Harasha Alias, Astro Awani
Terperangkap dalam kebakaran, tiga sahabat nyaris maut
Api berjaya dikawal pada jam 7.35 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.51 malam. - Foto ihsan bomba
 

SEBERANG JAYA: Tiga sahabat nyaris maut selepas kediaman mereka di flat di Taman Desa Cemara, Seberang Jaya terbakar pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, penghuni lelaki berusia 19, 20 dan 23 tahun yang terperangkap di dalam rumah itu berjaya diselamatkan pasukan bomba dan melecur akibat disambar api.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dan BBP Butterworth serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela berdekatan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 7.20 petang.

Sebaik tiba di lokasi kejadian pihak bomba mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah flat di tingkat tiga berkeluasan kira-kira 56 meter persegi.

Terdapat tiga mangsa terperangkap didalam rumah tersebut dan mereka berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapat rawatan.

Api berjaya dikawal pada jam 7.35 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.51 malam.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tiada ulasan: