TAHNIAH diucapkan
kepada calon Barisan Nasional, Tuan Haji Zakaria Hanafi kerana memenangi
PRK Semenyih. Jelas bahawa rakyat sudah menolak dan tidak yakin
terhadap Kerajaan PH. Runtuhnya keyakinan rakyat akibat pelbagai janji
yang ditabur oleh PH ketika pilihan raya umum lalu yang sehingga ke hari
ini tidak langsung dilaksanakan.
Jutaan terima kasih kepada jentera PAS
dari seluruh negara yang turun membantu sehabis daya di PRK Semenyih
terutamanya dari kalangan anak muda. Ucapan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada Jabatan Amal Malaysia yang tidak mengenal erti letih
dan jemu dalam menghulurkan bantuan dan tenaga di PRK Semenyih.
Kekalahan berturut-turut PH di dua PRK
kali ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihan raya umum
yang lalu adalah bukti jelas bahawa rakyat sudah tidak yakin malah sudah
menolak PH secara total terutamanya DAP dan PKR yang membawa budaya
politik melampau.
Kemenangan kali ini juga memberi petanda
positif bahawa rakyat sudah memahami kerjasama gabungan pembangkang
yang efektif dan berkesan. Ia adalah untuk kepentingan agama, bangsa dan
negara di samping menjaga keutuhan perlembagaan negara serta institusi
di raja, memelihara hak dan keharmonian pelbagai kaum, bangsa dan agama
di dalam negara.
Jika momentum ini berjaya diteruskan
terutamanya dalam kalangan anak muda serta rakyat yang telah mula sedar
akan omogan kosong PH, saya percaya di PRK Rantau, PH akan berjaya
ditumbangkan sekali lagi sekali gus melenyapkan cita-cita PH dengan
politik tidak masuk akal mereka.
*MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan