Jumaat, 15 Mac 2019

'Siasat dahulu sebelum tahan Dr Mahathir' - Musa Hassan

Hamzah Hamid, Astro Awani
'Siasat dahulu sebelum tahan Dr Mahathir' - Musa Hassan
MUSA: Setiap sesuatu tuduhan yang diletakkan ke atas Dr Mahathir perlu disiasat terlebih dahulu kewajarannya. -Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Cadangan penahanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad oleh sesetengah pihak perlu dipastikan dahulu kedudukannya dalam isu yang melibatkannya.

Demikian reaksi bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap saranan menahan Tun Dr Mahathir seandainya bekas perdana menteri itu menjadi dalang di sebalik laporan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.

"Saya rasa siasatlah dulu, kan? Siasatan pun baru bermula; patut daripada dulu dah siasat, kan? Jadi siasat dulu, tengok kebenarannya.

"Kalau betul ada kebenaran, maka pihak polis perlu mengambil tindakan yang sewajarnya. Kalau betul benda tu palsu, ambillah tindakan."

Bagaimanapun, menurut Musa, setiap sesuatu tuduhan yang diletakkan ke atas Dr Mahathir perlu disiasat terlebih dahulu kewajarannya.  

Musa berkata demikian ketika ditemui media selepas menjadi panel penceramah dalam seminar Integriti dan Pencegahan Rasuah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS).

Pada Isnin, ketua pegawai eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menahan Dr Mahathir.

Menurut beliau, jika benar Dr Mahathir adalah dalang yang menuduh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil wang dari 1MDB, pihak berkuasa sepatutnya tidak berlengah untuk membuat tangkapan.

Tiada ulasan: