SELEPAS sukses menjual peralatan memasak
jenama Vantage secara eksklusif, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri
Siti Nurhaliza kini menjual set solekan jenamanya, SIMPLYSITI Red
Collection di Go Shop.
"SIMPLYSITI Red Collection merupakan set kosmetik yang dikeluarkan secara eksklusif dan ia menggunakan ekstrak ginseng merah.
"Selalunya, ginseng merah digunakan sebagai makanan kesihatan kerana khasiatnya tetapi SIMPLYSITI menggunakan formulasi ginseng merah dalam set solekan Red Collection untuk penampilan yang lebih remaja dan jelita.
"Koleksi eksklusif ini datang dengan dua warna cushion foundation, dua warna bedak kompak dan gincu dalam pek kemasan mewah berona merah. Apa yang penting, harganya juga berpatutan, hanya RM139 sahaja," kata Siti.

BACA: Patutlah Siti Nurhaliza senyum meleret selepas 'gegarkan' Go Shop
BACA: Jadi duta periuk, Siti Nurhaliza enggan tipu peminat
BACA: Konsert berjalan lancar tapi Siti rasa telinga macam kena tumbuk?
Siti ditemui usai pelancaran SIMPLYSITI Red Collection di Go Shop pada Rabu.
Tambah pelantun lagu Anta Permana ini, sebagai usahawan dia mahu mempelbagaikan cara untuk memasarkan produk jenamanya sendiri.
"Alhamdulillah, usia SIMPLYSITI bakal menjangkau sembilan tahun pada 30 Mac ini dan sambutan yang diterima sangat positif. Sebagai seorang usahawan, saya sentiasa mahu memberikan kelainan dan mementingkan kualiti produk.
"Memasarkan SIMPLYSITI Red Collection secara eksklusif di Go Shop juga menjadi salah satu percubaan baru saya dalam menerokai bidang perniagaan. Saya mahu produk saya senang dan mudah didapati di mana sahaja dan ia berkesan menerusi Go Shop," katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai SIMPLYSITI Red Collection, klik di SINI.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan