Sabtu, 23 Mac 2019

Rumah Jho Low kena sita

Wartawan MalaysiaGazette
Polis Malaysia sudah mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa China bagi mengesan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Low Taek Jho atau Jho Low
PULAU PINANG – Pihak berkuasa telah menyita rumah keluarga ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, yang didakwa menjadi dalang skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Notis penyitaan ditampal di hadapan tembok rumah itu di Pulau Pinang.

Notis tersebut bertarikh 17 Januari itu ditujukan kepada Goh Gaik Ewe, ibu kepada Jho Low yang berusia 66 tahun.

Ia ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin yang berkata, hartanah tersebut merupakan perkara yang disebut dalam pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla).

Seksyen ini berkaitan kesalahan aktiviti pengubahan wang haram dan membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara dan denda lima kali ganda nilai dana yang dicuci atau RM5 juta atau mana lebih tinggi.

Difahamkan, rumah tersebut kelihatan seperti tidak berpenghuni untuk beberapa waktu dan polis telah meminta Goh dan suaminya Low Hock Peng untuk membantu siasatan terhadap Jho Low. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: