Rabu, 13 Mac 2019

PRK Rantau: ‘Saya akan pastikan Tok Mat menang’ – KJ

THE MALAYSIAN TIMES
 


PETALING JAYA: Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyokong Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

“(Dun) Rantau berada di bawah (Parlimen) Rembau, dan tentunya saya akan berkempen untuk beliau.” katanya kepada pemberita di Forum ‘Malaysia Strategic Financial Outlook’ yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat mengesahkan beliau akan bertanding di kerusi yang telah beliau menangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tahun lepas.

“Saya adalah timbalan ketua bahagian dan beliau adalah ketua bahagian. Saya akan pastikan beliau menang, mesti menyumbang dan membantu,” katanya.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Dr. S. Streram kekal sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu yang akan diadakan pada 13 April.

Streram, seorang pakar bius, merupakan calon PKR di kerusi yang sama pada PRU-14, namun beliau gagal menghantar borang pencalonannya, selepas tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan calon disebabkan ketiadaan pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohamad telah diumumkan sebagai pemenang, namun Mahkamah Persekutuan menolak rayuan beliau untuk membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November  lalu yang mengumumkan kemenangan beliau tanpa bertanding pada PRU-14 sebagai batal dan tidak sah. – Bernama

Tiada ulasan: