Rabu, 13 Mac 2019

Polis siasat kenyataan Guan Eng – Fuzi

THE MALAYSIAN TIMES
 
 


NIBONG TEBA: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa berunsur hasutan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini.

Katanya polis telah menerima sebanyak 58 laporan polis yang dibuat terhadap Guan Eng berhubung perkara itu dan siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

“Sekiranya perlu, kita akan memanggil beliau (Guan Eng) untuk mengambil keterangannya bila tiba masanya,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.

Tiada ulasan: