Khamis, 21 Mac 2019

Perhimpunan solidariti NZ dapat lampu hijau DBKL


   
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi lampu hijau kepada penganjuran Himpunan Solidariti Kedamaian, 23 Mac ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini menerusi aplikasi Whatsapp, sebentar tadi.

"(Penganjuran Himpunan Solidariti Kedamaian) diluluskan," katanya ringkas selepas  diminta mengulas berhubung perkara itu.

Perhimpunan yang turut mendapat sokongan penuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof itu akan bermula di hadapan pusat beli-belah Sogo pada pukul 7 pagi sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka.

Mujahid sebelum ini berkata, beliau sudah memanjangkan undangan kepada menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Pembangkang turut diundang.

Himpunan itu dikatakan bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu

Tiada ulasan: