Bekas perdana menteri Najib Razak didakwa tidak memahami
mengenai pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia berhubung isu
penjualan Hotel Royale Chulan walaupun penjelasan demi penjelasan telah
diberikan.
"Bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak masih lagi bising mengenai isu penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings walaupun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan.
"Najib yang sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan rasuah semasa menjadi perdana menteri dan menteri kewangan itu berhujah "deposit" sudah pun dibayar oleh syarikat milik Singapura itu.
"Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urusniaga itu tidak jadi atau terbatal," kata Amin dalam suatu kenyataan hari ini.
Justeru itu, Amin berharap Najib yang
juga bekas menteri kewangan yang berhadapan 42 pertuduhan di mahkamah
dapat menginsafi kesalahan yang telah beliau lakukan.
Sudah meterai surat setuju terima
Dalam kenyataannya, Najib berkata, beliau tidak mahu menuduh menteri pertahanan menipu namun jika pemimpin itu bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia.
“Tetapi, jika Mat Sabu (Mohamad) bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana telah membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia.
Najib mendakwa Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat LTAT, Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga yang agak rendah, hanya RM197 juta walaupun hotel yang bertaraf empat bintang serta mempunyai 400 bilik itu berada
di atas tanah hakmilik kekal dan terletak di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur.
“Dia kata penjualan itu belum muktamad dan masih dalam proses memilih pembeli dan keutamaan akan diberi kepada pembeli tempatan.
“Dia juga kata tanah dan lokasi hotel itu strategik dan akan masih mencari harga jualan yang lebih tinggi. Maksudnya, masih mahu juallah,” kata Najib.
Sementara itu kata Amin, pengumuman kepada Bursa Saham Singapura adalah perkara biasa bagi sesebuah syarikat untuk memaklumkan kepada pemegang saham tentang aktiviti mereka.
"Masih ada
beberapa syarat lain yang kedua belah pihak perlu patuhi seperti
kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum ia boleh
dimuktamadkan," katanya lagi.
“Oleh itu, tawaran yang terbaik daripada pembeli yang berminat sedang dalam pertimbangan dan keutamaan akan diberikan kepada syarikat tempatan,” kata kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan