Sabtu, 23 Mac 2019

Najib kesali kekecohan antara penyokong dan pelajar

Najib sedang bercakap di suatu dialog bersama pelajar di sebuah 
resotran apabila sekumpulan pelajar menunjuk perasan di luar.
 
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak kesal dengan kejadian pelajar didakwa dikasari penyokongnya di satu acara petang tadi.

“Saya menyesal wartawan terperangkap dalam pertengkaran dan provokasi dan pergelutan yang berlaku,” katanya kepada FMT.

Satu pergelutan kecil tercetus berdekatan sebuah restoran berhampiran Universiti Malaya di mana Najib sedang bercakap di suatu dialog bersama pelajar.

Sekumpulan pelajar membawa plakad mengecam dan mengejk Najib lalu beberapa penyokong bersemuka dengan mereka, termasuk Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam.

Tiada ulasan: