ISMA WEB
Pertemuan dengan wakil rakyat BN bukan untuk masuk UMNO: Zainol
IPOH
– Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi
Paharudin menafikan dakwaan kononnya beliau dipanggil menghadap Sultan
Perak Sultan Nazrin Shah bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri
Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata, dakwaan itu berniat jahat dan pada masa sama mahu merenggangkan hubungannya dengan Ahmad Faizal.
“Secara
peribadi saya tidak ada tekanan dengan apa yang ditularkan termasuk yang
terkini (kononnya) saya menghadap tuanku (untuk dilantik Menteri
Besar), semuanya pada saya tidak benarlah.
“Kalau
mendapat sesuatu berita ataupun perkara-perkara berkaitan dengan
pentadbiran kerajaan negeri, adalah lebih baik ia dirujuk kesahihannya
kepada individu yang berkenaan,” katanya pada sidang media di Bangunan
Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Sebelum
ini, ada dakwaan Zainol Fadzi yang juga Penasihat Menteri Besar Perak,
menghadap Sultan Nazrin bagi dilantik ke jawatan menteri besar.
Pihak tertentu mendakwa lantikan itu dibuat kerana kononnya Ahmad Faizal gagal mentadbir kerajaan negeri dengan baik.
Sementara
itu, ditanya mengenai pertemuan beliau dengan beberapa pemimpin dan
wakil rakyat Barisan Nasional, Zainol Fadzi berkata perbincangan mereka
hanya terarah kepada masalah dan isu rakyat di kawasan masing-masing.
“Saya tidak tahu dari mana isu (sertai BN) timbul,” katanya.
Beliau berkata, isu tersebut sengaja didendangkan bagi mencemar kredibiliti dan imej kerajaan negeri di mata rakyat.
“Saya rasa
isu ini dimainkan semula kerana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pun
dah nak bermula kembali dan dengan adanya isu seumpama ini, ia diharap
mampu menarik perhatian rakyat,” katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan