Sabtu, 23 Mac 2019

DAP JANGAN SIBUK, URUS TEMPAT SENDIRI


DAP Perak dinasihatkan supaya menjaga pentadbiran di kawasan sendiri berbanding membangkitkan polemik di negeri Kelantan yang ditadbir PAS.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Ibrahim berkata serangan DAP terhadap kerajaan Kelantan dilihat sangat terancang seperti mendapat arahan daripada tangan ghaib di belakang parti itu.

Katanya tindakan DAP itu juga merupakan strategi serampang dua mata untuk mengalih isu rasuah yang sedang dihadapi parti itu.

“Mudah untuk difahami oleh rakyat adalah DAP sedang mahu mengalih isu berkenaan kebocoran kertas siasatan skandal terowong yang memalitkan bukan sedikit nama-nama besar dalam DAP.

“Biarpun telah disoal di dalam Dewan Rakyat, namun mereka diam membisu dan tidak mahu menjawab persoalan berkaitan skandal ini yang dibangkitkan oleh wakil rakyat pembangkang,” katanya kepada media di Kota Bharu, Kelantan pada Khamis.
Terdahulu, DAP Perak menyifatkan PAS Kelantan sebagai parti ekstrem kerana menolak cadangan membenarkan panggung wayang patuh syariah dibuka di negeri itu.

Media melaporkan Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin berkata keputusan tersebut turut membuktikan PAS yang bekerjasama dengan UMNO tidak mampu mentadbir kerajaan Persekutuan.


Tiada ulasan: