Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan dengan 51 laporan berhubung kejadian itu diterima polis setakat ini.
“Kami menjalankan siasatan di bawah Seksyen 278 dan 284 Kanun Keseksanaan.
“Setakat ini, tiada tangkapan seperti yang disampaikan oleh ketua polis Johor yang baru saya jumpa.
Tetapi, siasatan masih berterusan dan akan ditingkatkan,” katanya dalam sidang media selepas majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim di Pusat Latihan Polis hari ini.
“Polis belum membuat sebarang tangkapan.”
Ditanya jika syarikat terbabit dalam pencemaran toksik sudah dikenal pasti, katanya, beliau belum dimaklumkan mengenainya.
“Setakat ini, kami bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan berkaitan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab ke atas pencemaran itu.”
Lebih 1,900 mangsa terjejas akibat gas toksik daripada sungai itu dan semua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang diarahkan tutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan