MALAYSIAKINI
Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS "perisytiharan perang" terhadap golongan bukan Melayu di negara ini.
Laporan
berhubung kenyataan Lim itu dibuat meskipun selepas beliau membuat
pembetulan dengan mengeluarkan perkataan "perisytiharan perang" dan
menggantikannya dengan perkataan "menyasarkan".
"Sekiranya perlu, kita akan memanggil beliau (Lim) untuk mengambil keterangannya bila tiba masanya," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Fuzi juga menafikan tanggapan yang mengatakan polis lambat mengambil tindakan berhubung perkara itu.
“Ia (dakwaan polis lambat bertindak) tidak tepat. Kita terus membuka kertas siasatan selepas menerima laporan polis minggu lalu,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan