KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media
& Production Sdn. Bhd, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menjelaskan
keseluruhan ganti rugi berjumlah RM951,260.27 kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim hari ini.
Peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakili Wan Muhammad Azri
mengesahkan pembayaran yang dibuat oleh anak guamnya di Mahkamah Tinggi
di sini hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Husna Dzulkifli.
Wan Muhammad Azri yang turut hadir memberitahu pemberita, beliau telah
melunaskan RM1,260.30 dalam bentuk tunai (note RM1 dan 30 sen) manakala
bakinya RM950,000 dijelaskan dalam bentuk bank deraf.
Sementara itu, peguam J. Leela yang mewakili Anwar memberitahu,
mahkamah menetapkan esok untuk pihaknya menarik balik petisyen
kebankrapan terhadap Wan Muhammad Azri.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri pada 21 Mac 2013
kerana mendakwa blogger itu menyiarkan artikel dan paparan video seks
sejenis secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac 2013 di blog
miliknya, www.papagomo.com.
Pada 28 Februari 2014, Hakim Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad
Azri membayar jumlah ganti rugi berserta kos kepada Ketua Umum PKR itu
selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap
beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan