Sabtu, 23 Disember 2017

Remaja mengandung enam bulan, bapa ditahan disyakki rogol mangsa

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang peniaga kerana didakwa merogol anaknya berusia 15 tahun sehingga remaja perempuan itu mengandung enam bulan dalam kejadian di rumah mereka di Ayer Itam, di George Town.
 
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya semalam dan polis mendapat perintah reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
 
"Ibu mangsa yang mengesyaki suaminya melakukan perkara tidak senonoh kepada anak mereka yang sudah tidak bersekolah itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut semalam.
 
"Ujian air kencing juga mendapati remaja perempuan itu mengandung dan ekoran itu polis menahan lelaki berkenaan serta merampas telefon bimbitnya untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.
 
Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut dan mengesahkan remaja perempuan itu mengandung enam bulan.
 
Anuar berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan dengan penahanan bapa mangsa, polis percaya dapat menyelesaikan kes tersebut.
 
 

Tiada ulasan: