Selasa, 12 Disember 2017

Pastikan bungkusan aluminium kembung

Wartawan MalaysiaGazette
Perbezaan antara bungkusan Enfalac A + Step 1 yang tulen dan tiruan. foto FB Mead Johnson


KUALA LUMPUR – Pengeluar susu, Mead Johnson meminta para pelanggannya meneliti bungkusan aluminium susu Enfalac A+ Langkah 1 sebelum membelinya bagi memastikan produk itu tulen.

Dalam kenyataan melalui Facebook, Mead Johnson berkata, bungkusan susu Enfalac A+ Langkah 1 yang asli mempunyai bungkusan sedikit kembung.

Mead Johnson berkata, syarikat itu telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula susu formula palsu di Johor Bahru.

Katanya, hasil siasatan runcit yang dijalankan minggu lalu ini berdasarkan maklumat yang disediakan oleh MJN dan hasil siasatannya sendiri.

“Siasatan itu mengenalpasti sebilangan kecil produk tiruan terdapat dalam segelintir kedai runcit dalam geografi terhad di Skudai, Johor Bahru.

“Satu-satunya produk yang terlibat ialah Enfalac A + Step 1 dalam kotak 1.8 kg, dengan tiga pek foil dalam setiap kotak – dan hanya dijual di sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari,” katanya dalam kenyataan itu.

Mead Johnson telah meluaskan siasatan dan mengesahkan tiada produk yang disyaki kecuali format pembungkusan khusus dalam kawasan geografi yang terhad ini.

Setakat ini, pihak pengeluar hanya menemui 210 pek palsu, tetapi siasatan berterusan sedang dijalankan untuk memastikan produk palsu dapat ditangani sepenuhnya.

“Pihak berkuasa Malaysia telah mengesahkan sedang mengesan pihak yang terlibat melakukan pemalsuan itu dan mereka yang terlibat akan didakwa dan dihukum,” ujar Mead Johnson.

ngejar operasi pemalsuan dan bahawa mereka yang berkaitan dengannya akan didakwa dan dihukum sepenuhnya.

Sekiranya pengguna menemui bungkusan palsu Enfalac A + Langkah seberat 1 1.8 kg, sila segera menghubungi talian penjagaan pengguna Mead Johnson di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9 pagi hingga 9 malam), malah gantian produk juga akan dibuat. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: