Khamis, 21 Disember 2017

Majlis Syura Ulama PAS diperingkat tapis calon PRU14

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS telah menerima sebahagian besar senarai calon daripada negeri-negeri untuk dinilai sama ada layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Menurut Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Majlis Syura Ulama yang bersidang selama dua hari menerima senarai nama calon daripada setiap negeri untuk diteliti.
 
Kata beliau lagi, proses pemilihan calon PAS untuk bertanding dalam PRU14 hampir selesai dan kini berada di peringkat akhir.
 
"Hari ini (semalam) pada sebelah pagi, tiga negeri dah yang kita luluskan kelayakan senarai calon.
 
"Ada calon dikemukakan selepas kita tapis kita panggil pesuruhjaya dan kita kenal latar belakang mereka di mana ada calon-calon yang kita beri perhatian dan minta diperbaiki daripada calon tersebut," katanya ketika ditemui Antarapos di Ibupejabat PAS.
 
Beliau menambah tapisan di peringkat Majlis Syura Ulama tidak mudah dan paling penting bagi memastikan calon-calon yang ditampilkan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
 
"Penapisan senarai calon yang dikemukan oleh negeri-negeri kepada Syura ditapis keutamaan diberikan kepada kelayakan seseorang calon tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan untuk melakukan dosa-dosa kecil.
 
"Itu antara syarat utama seseorang itu mendapat kelulusan syarat kelayakan menjadi calon PAS di masa yang akan datang, daripada dulu kita dah ada keputusan itu dan sedang diikut," katanya.
 
Malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengumuman bahawa, parti itu meletakkan calonnya bertanding di lebih 130 kerusi parlimen seluruh negara pada PRU14.
 
Katanya, PAS akan bertanding seberapa banyak kerusi kerana PAS akan bersama dengan gagasannya sendiri, bukan dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).
 
 

Tiada ulasan: