Rabu, 20 Disember 2017

LZS dan AlHijrah lancar TV Kasihku

OLEH NORHAYATI UMOR




SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama TV AlHijrah melancarkan program TV Kasihku bagi membuka ruang keluarga asnaf merubah kehidupan dengan lebih baik.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Abdul Basith Hamid berkata, program yang mula bersiaran pada 26 Disember ini turut memberi ruang pengeluar zakat terutamanya dalam kalangan syarikat korporat untuk bersama menyantuni keperluan penerima.

“Melihat judul rancangan, jelas menggambarkan matlamat dan objektif penerbitan.

“Di sebalik kesusahan, di situlah ada bantuan. Dengan program ini, ia merupakan platform hebahan khusus bagi memberi pemahaman, perspektif dan informasi,” katanya.

Antara lain, tujuan penerbitan program itu adalah untuk mengangkat budaya muhibbah dan kerjasama tidak berbelah bahagi di antara agensi kerajaan, media dan badan korporat dalam usaha menaiktaraf kehidupan asnaf.

Kasihku akan bersiaran lapan episod di TV AlHijrah pada setiap Selasa, jam 6.30 petang.

Tiada ulasan: