Isnin, 18 Disember 2017

‘KEADILAN cakna dengan kemerosotan hak asasi di Maldives’

KEADILAN DAILY

97d93214-3130-4f9e-89a1-a4e0bb215bc9


KEADILAN mengambil berat akan kemerosotan hak asasi manusia di Maldives susulan krisis politik di negara itu.

Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua menzahirkan pandangan tersebut selepas menerima kunjungan hormat Ahli Parlimen pembangkang Maldives, Ahmed Mahloof yang kini hidup dalam buangan di Sri Lanka.

“KEADILAN mengambil berat akan kemerosotan hak asasi manusia di Maldives.

“Kamj bersetia kawan dengan rakyat Maldives menerusi Yang Berbahagia Ahmed Mahloof.

“Kami percaya rakyat Malaysia dan Maldives yang cintakan keamanan berkongsi perjuangan yang sama dalam hak asasi dan demokrasi dan kami akan terus menyokong di antara satu sama lain dalam perjuangan untuk sebuah masyarakat yang adil dan demokratik,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Tian Chua dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima kunjungan hormat Mahloof petang semalam.

“Beliau menyatakan rasa caknanya terhadap tahap kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara dan perlu menjalani proses pemulihan selepas dibedah.

“Beliau turut menyampaikan rasa hormatnya terhadap Dr Wan Azizah di atas perjuangan dan kecekalannya dalam memperjuangkan Malaysia yang adil dan demokratik,” katanya.

Tiada ulasan: