Isnin, 18 Disember 2017

Aktivis pro-Melayu sertai KEADILAN

KEADILAN DAILY

AMK baru

Aktivis pro-Melayu, Irwan Fahmi Ideris hari ini menyerahkan borang untuk menyertai KEADILAN dan berikrar untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas ketua Wira Perkasa itu mengemukakan borang permohonan kepada Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi ini.

Menurut Irwan, beliau meninggalkan Umno untuk menyertai KEADILAN selepas menyedari parti itu hanya berdegar-degar memperjuangkan rakyat pada perhimpunan agung tahunan sahaja.

“Dia macam ini, cukup mudah. Kita pergi tengok bola, penyokong dan pemain siapa yang bertugas untuk kemenangan? Penyokong menang sorak kampung tergadai.

“Umno (dan) BN akan jadi Melayu pada hujung tahun sahaja (menjelang perhimpunan agung Umno). Tiap-tiap hujung tahun dia (Umno) akan jadi parti lebih rasis.

“Cukup mudah, kalau ada PAU, ahli akan kata oi ini semua hidup…,” katanya, lapor Malaysiakini.

Dalam sidang media sama beliau turut berikrar untuk menyedarkan orang Melayu akan propaganda Umno yang berterusan menyalahkan pembangkang atas kemunduran orang Melayu.

“Yang perintah (adalah) Umno dari 1957, daripada (logo BN) kapal layar sampai dacing, nasib Melayu masih lagi begini, salah DAP ke?

“Rizab Melayu tinggal 11 peratus siapa yang bagi, siapa perintah negeri? Soalan kepada Umno, cukup mudah, siapa khianat siapa?” soalnya

Tiada ulasan: