MALAYSIA DATELINE
Selepas berjaya membebaskan Imam Za'aba dari dibangkrapkan kerana
kalah petisyen pilihan raya atas nama Pas, kini Amanah berazam untuk
membebaskan Mazlan Aliman pula.
Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat dalam satu kenyataannya
berkata, masalah yang dihadapi Imam Za'aba telah selesai apabila orang
ramai membantu beliau sehingga wang sebanyak RM50,000 berjaya
dikumpulkan.
"Sekarang Tabung Solidariti Imam Za'aba berjumlah RM54,431.76 telah
mencapai sasarannya. Harapan saya agar kita sama-sama dapat meneruskan
momentum ini untuk membantu Mazlan Aliman yang sedang dalam kesusahan,"
tulis Suhaizan dalam kenyataan itu.
Mendapat arahan dari Pas, Imam Za'aba telah memfailkan petisyen
pilihan raya terhadap SPR bagi Parlimen Pulai bagi PRU-13 lalu, namun
kalah.
Ekoran itu, beliau diarahkan membayar RM50,000 oleh mahkamah namun beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu.
Mazlan
Aliman pula kalah selepas disaman oleh Felda berkaitan dengan buku yang
ditulisnya dan diperintahkan membayar RM500,000 oleh mahkamah. Jika
gagal, Mazlan akan diisytiharkan muflis dan tidak boleh memegang jawatan
atau bertanding dalam pilihan raya.
"Empat kali Imam Za'aba menghubungi saya meluahkan perasaannya yang
bimbang dibankrapkan setelah kalah sebagai plaintif petisyen Pas PRU-13
Parlimen Pulai.
"Mulanya saya hubungi pimpinan Pas bagi menyatakan bahawa mereka
perlu bertanggungjawab kerana petisyen itu adalah milik Pas. Keluarnya
plaintif daripada Pas tidak boleh melepaskan ikatan tanggungjawab
tersebut.
"Malangnya PAS tidak mahu mengambil tanggungjawab. Imam Za'aba
semakin gelisah. Keluarganya
tertekan. Anak-anaknya sudah mulai bimbang.
Ke mana sahaja beliau pergi orang ramai akan bertanya.
Akhirnya Amanah
Pulai membuat keputusan mengambil tanggungjawab PAS Pulai membantu Imam
Za'aba," cerita Suhaizan.
Ekoran itu, katanya, Amanah Pulai mulakan rayuan di media sosial atas nama Solidariti Imam Za'aba.
"Perbahasan dalam media sosial sentiasa panas. Imam Za'aba dihina dan
dicerca setiap hari. Tapi Alhamdulillah bantuan daripada masyarakat
berterusan diterima termasuk daripada luar negara," katanya.
Menurut Suhaizan, Thomas Fann seorang aktivis masyarakat bersimpati terhadap Imam Za'aba.
Beliau membuat rayuan peribadi kepada kenalannya. Setelah tersiar
dalam beberapa media, bantuan datang mencurah-curah di seluruh negara.
"Tidak kira agama, bangsa ataupun fahaman politik. Mereka datang
membantu Imam Za'aba. Pembantu saya Sdr Muhammad tidak cukup tangan
melayan pertanyaan daripada para dermawan," katanya.
Sesuatu yang tidak beliau sangka berlaku apabila seorang hamba Allah
yang tidak mahu namanya disebut, tidak mahu identitinya dikenali
menghulurkan sumbangan RM10 ribu untuk Imam Za'aba.
"Saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa yang telah mengerakkan hati-hati dermawan membantu Imam Za'aba," katanya.
Sekarang, kata Suhaizan, Tabung Solidariti Imam Za'aba berjumlah RM54,431.76 telah mencapai sasarannya.
Harapan beliau, agar semua pihak sama-sama dapat meneruskan momentum
ini untuk membantu Mazlan Aliman yang sedang dalam kesusahan.
Mazlan, katanya, adalah pejuang yang mahu "dibunuh" secara
undang-undang seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Dr Burhanuddin
Helmi, Mahatma Ghandi, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan
Rafizi Ramli.
Mazlan perlu mengumpul RM500,000, katanya.
"Jika gagal maka rakyat marhain akan kehilangan hero mereka. Marilah
kita sama-sama membantu beliau. Mazlan Aliman dan Imam Za'aba adalah
mangsa kezaliman penguasa yang korup," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan