OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM: Faktor ekonomi mendesak di bawah urus tadbir
Barisan Nasional (BN) terus menekan kebajikan rakyat hingga ada yang
sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Terbaru, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar,
Dato’ Iskandar Abdul Samad mendedahkan, rumahnya diketuk seorang lelaki
yang meminta bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan sekolah
anaknya.
“Awal pagi tadi jam 1.21 pagi, seorang bapa mengetuk pintu pagar
rumah saya untuk meminjam duit bagi membeli keperluan sekolah anaknya.
“Kebetulan saya belum tidur ketika itu kerana menghadiri mesyuarat yang habis lewat malam.
“Inilah keadaan rakayat marhaen hari ini, berhempas-pulas membesarkan
anak, pejabat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dibuka jam 1 pagi,”
katanya di Facebook.
Posting itu mendapat perhatian pengguna laman sosial yang mengkritik kelemahan ekonomi Kerajaan Persekutuan.
Antaranya Shehdi Hazrik yang berharap supaya rakyat dapat menikmati kehidupan lebih baik, pada masa akan datang.
“Rakyat sedang sakit kerana tekanan dengan keperluan harian. Manusia
bekerja hempas pulas bukan lagi untuk mendapat kesenangan tetapi hanya
ingin meneruskan kehidupan sedia ada,” katanya.
Difahamkan lelaki terbabit menerima bantuan menerusi Pusat Khidmat DUN Chempaka.-AA-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan