BANGI
– Polis menahan sekumpulan lelaki yang bertindak melampau kerana
berbogel dalam satu aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di
Bentong, Pahang, semalam.
Tiga puluh sembilan individu yang ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam, berumur antara 19 hingga 23 tahun.
Memetik
laporan Sinar Harian, dalam kejadian jam enam petang itu, kumpulan
lelaki terbabit dikatakan sedang melakukan aktiviti dalam sebuah kem
motivasi yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta.
Ketua
Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata,
pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 6.12 petang
berhubung tindakan kumpulan lelaki terbabit.
“Terdapat
39 orang peserta yang berumur antara 19 hingga 23 tahun yang menyertai
kem motivasi ini dan 9 orang lagi merupakan wakil syarikat untuk
menyelia program motivasi tersebut.
“Menurut
kata ketua penyelia aktiviti, pada jam lebih kurang 5.30 petang semasa
berada di permainan, peserta sedang bermain satu permainan yang
dinamakan ‘All Out’ di mana para peserta yang sudah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan
alatan yang ada terlekat pada badan peserta.
“Semasa
permainan ada para peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk
garisan panjang dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga para peserta
mula menanggalkan keseluruhan pakaian di badan mereka dan berbogel,”
katanya.
Katanya,
pihak Resort dimaklumkan mengenai atur cara program yang dijalan, namun
ia tidak menyatakan secara lanjut mengenai jenis aktiviti.
“Seramai
39 peserta telah ditahan, termasuk sembilan wakil syarikat dan
fasilitator bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294 (a) Kanun
Keseksaan dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan