OLEH NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, menaikkan hukuman penjara
14 hari kepada lima bulan terhadap pasangan suami isteri yang mengasari
penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), November tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu kepada Lor
Ka Hoo, 35, dan Tat Sit Fun, 30, selepas membenarkan rayuan pihak
pendakwaan dan diperintahkan menjalani hukuman mulai hari ini.
Tambahan hukuman ke atas pasangan itu kerana tempoh dua minggu tidak mencukupi untuk mencerminkan keseriusan kesalahan terbabit.
" Mereka akui halang pegawai MBSA itu daripada menjalankan tugasnya dan bersikap agresif terhadapnya,” katanya.
Beliau berkata pasangan itu tidak sepatutnya bertindak sewenangnya
dengan menggunakan kekerasan terhadap seorang pegawai penguatkuasa
kerajaan.
“Mereka sepatutnya bertenang dan membayar denda saman itu,” katanya.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad,
Mohd Fairuz Johari dan Ng Wee Li manakala tertuduh diwakili S Gabriel.
Mahkamah perlu mengenakan hukuman yang berat bagi kesalahan seperti
ini, kerana hukuman ringan akan menyebabkan masyarakat diluar-kawalan.
Mereka dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini tahun lalu
selepas mengaku bersalah atas tuduhan pada menggunakan kekerasan untuk
menghalang pegawai penguatkuasa MBSA Nurul Ain Isa, 23 daripada
menjalankan tugasnya.
Peguam
Negara, Apandi Ali dalam satu kenyataan pada 27 November berkata
hukuman penjara dua minggu itu ‘jelas tidak memadai’ dan memfailkan
rayuan balas untuk menambahkan hukuman itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang
rakan setugas menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra
dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon
bayaran letak kereta.
Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan
pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu
menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di
laman sosial.-nR-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan