Ahad, 1 Januari 2017

Jika BR1M bukan rasuah jangan minta penerima undi BN

 MOHD ALI HASHIM
 
 
BR1MBR1M


Usaha bersungguh-sungguh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya mahu menutup isu besar yang sedang dipertikaikan rakyat.
Mahfuz OmarMahfuz Omar
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kemungkinan besar kerajaan berharap BR1M dapat membuatkan rakyat lupa terhadap isu 1MDB mahupun rasuah RM2.6 bilion.

"Isu saham Felda Global Ventures Holdings yang merudum teruk masih lagi menjadi masalah yang hangat diperkatakan.

"Pembelian Eagle High Plantations oleh Felda dengan kadar yang lebih tinggi dari harga pasaran amat mencurigakan.

"Begitu juga dengan isu projek Mass Rapid Transit (MRT) serta BR1M yang diberikan pada kadar RM3.28 sehari, " katanya.

Tegasnya lagi, isu membabitkan kepimpinan Najib seperti RM2.6 bilion masih lagi mempunyai seribu satu persoalan yang belum terungkai.

"Isu membabitkan Malaysian Official 1 masih lagi belum diselesaikan sehingga menjelang tahun 2017.

"BRIM untuk tahun 2017 telah dinaikkan sehingga mencecah RM1200.

"Ia juga bersamaan dengan RM100 setiap bulan serta RM3.28 sehari.

"Manakala pemberian ini akan dibuat sebanyak tiga kali bayaran serta ada yang menyatakan bahawa ia berbentuk rasuah dan sebaliknya, " jelasnya lagi.

Namun katanya, bukan hanya isu BR1M yang didakwa sebagai rasuah tetapi banyak lagi skandal rasuah melibatkan kepimpinan Najib perlu dipersoalkan.

"Seandainya BRIM bukan suatu rasuah, adalah wajar bagi kerajaan pimpinan Najib tidak mengharapkan sokongan undian dari penerima BRIM dalam PRU 14 yang akan datang.

"Maka penerima BRIM juga tidak perlu memberi sokongan kepada BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

"Sehubungan itu BN juga tidak perlu mengharapkan sokongan penerima BR1M untuk menyokong mereka dalam PRU yang akan datang, sekiranya ia telus dan bukan bersifat rasuah, " tambahnya lagi.

Katanya lagi, apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan BN kini adalah menyemarakkan unsur rasuah kepada rakyat dengan memberi bantuan bagi mengharapkan undi dan sokongan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Tiada ulasan: