Isnin, 16 Januari 2017

Gesa perbaiki urusan di dalam Parlimen

Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta agar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perbaiki urusan di dalam Parlimen untuk elakkan kes rusuhan terhadap ahli Parlimen berulang.

Menurutnya, sekiranya Speaker bijak mengambil tindakan segera, kes rusuhan ini tidak akan berlaku.

"Eloklah jika pihak terlibat dapat mengkaji apa tindakan wajar dilakukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku di dalam Dewan Rakyat.

"Sekiranya tiada tindakan yang diambil untuk membendung kes-kes. sebegini maka orang lain juga boleh lakukannya dan mencetuskan keadaan huru-hara di Parlimen.

Sebelum ini,  hari terakhir Dewan Rakyat tahun lalu kecoh apabila Khalid Samad diserang di perkarangan Parlimen di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Khalid Samad diserang di Parlimen]

Khalid yang baru tiba di Parlimen diserang ketika keluar dari kereta oleh sekumpulan individu.

Difahamkan serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan Khalid yang menggelar Ahli Parlimen Pasir Salak , Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan gelaran  'sial' dalam sidang dewan, tempoh hari.

Tambahnya lagi, Speaker juga harus mengurus perbahasan di dalam dewan dengan lebih berkesan.

"Kes ini boleh dielak jika Speaker ambil tindakan dan tegur ucapan Ahli Parlimen pada hari itu dan minta beliau menarik semula kata-katanya.

"Pada pendapat saya juga, perkara seperti ini seharusnya diambil tindakan segera dan jika perlu hantar menteri keluar dari dewan, lakukanlah," katanya lagi.


Tiada ulasan: