PETALING JAYA: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah agensi
kerajaan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Pegawai SPRM menahan suspek berusia 62 tahun itu di kediamannya di Bukit Bandaraya, Shah Alam pada pukul 5.15 petang Ahad.
Suspek, yang juga bekas pengarah urusan sebuah agensi kerajaan dan bergelar 'Datuk' didakwa meminta rasuah sebanyak RM36,000.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam
Baki mengesahkan penahanan tersebut dan menambah suspek akan didakwa di
mahkamah Shah Alam pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan