Ahad, 22 Januari 2017

Banjir: 13 sekolah di Terengganu ditutup esok

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak malam semalam menyebabkan 13 sekolah rendah di empat daerah terpaksa ditutup esok.
 
Daripada jumlah itu, lapan sekolah terletak di Setiu, masing-masing dua di Besut dan Hulu Terengganu dan satu di Kemaman.
 
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata penutupan tersebut melibatkan 2,679 murid dan 307 guru.
 
"Di Setiu, enam sekolah ditutup kerana ditakungi air iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut, SK Chalok, SK Langkap, SK Kampung Buloh, SK Sungai Las dan SK Kampung Bukit.
 
"SK Alur Lek Kasar dan SK Merbau Menyusut di daerah itu ditutup kerana terputus jalan perhubungan dan dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa banjir,"
katanya dalam kenyataan di sini. 
 
Di Hulu Terengganu pula sekolah yang ditutup ialah SK Tengkawang dan SK Matang manakala di Besut pula, dua sekolah ditutup iaitu SK Kampung Nangka dan SK Tembila.
 
Di Kemaman pula, hanya satu sekolah ditutup iaitu SK Padang Kubu.
 
 

Tiada ulasan: