Ahad, 18 September 2016

Siapa Bayar Peguam Anwar Dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley ?

 

 
ambiga-kim


Peguam Kimberley Motley dari Amerika Syarikat dikhabarkan telah dilantik Anwar Ibrahim kira-kira dua minggu lalu untuk mewakilinya secara pro-bono (tanpa bayaran) bagi membantu mengeluarkan Ketua Umum PKR dari menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Motley menjalankan kes-kes itu secara pro-bono (tanpa bayaran),” kata peguam Raul Lee Bhaskaran.
Peguam Raul merupakan peguam yang mewakili firma guaman Daim & Gamany yang dimiliki oleh Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah.

Kenyataan peguam dari firma peguam Anwar itu bertentangan dengan naluri Motley ketika mengendalikan kes-kes di Afghanistan.

“Saya datang ke sini (Afghanistan) untuk wang, sama seperti separuh penduduk di sini,” kata Motley dilaporkan nytimes.com.

Antara kes yang dikendalikan Motley di Afghanistan adalah mewakili keluarga Farkhunda Malikzada, seorang wanita berusia 27 tahun yang dibunuh kerana dituduh telah membakar al-Quran.

“Saya masih membuat wang, itu adalah satu faktor motivasi,” kata Motley. “Saya suka mewakili pelanggan-pelanggan, orang yang saya tidak pernah kenali jika saya tidak pergi,”katanya lagi.

Menurut wikipedia, Motley telah dipilih ke Afghanistan pada tahun 2008 sebagai salah seorang peguam Amerika Syarikat yang terlibat melatih peguam-peguam Afghan dalam program pendidikan undang-undang sembilan bulan yang dikendalikan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Pada tahun 2014, Motley dinamakan oleh Sir Richard Branson sebagai salah satu orang yang paling inspirasi.

Richard Branson, pengasas Virgin Group, Britain pada tahun 2010 pernah membela Anwar berkaitan dengan kes liwatnya.
Sir Richard Branson bersama Kimberly Motley
Sir Richard Branson bersama Kimberly Motley
Menurutnya, perbicaraan Anwar berkaitan dengan kes liwat akan memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

“Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur.

“Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson lagi.

Menurut laman web gay, gaystarnews, pada tahun 2012, Branson telah membuat video berkempen menyokong perkahwinan pasangan gay.

Sebelum itu pada tahun 1982, Syarikat Virgin, milik Branson telah membeli kelab malam gay ‘Heaven’ di United Kingdom.
Sir Richard Branson bersama Al Gore
Sir Richard Branson bersama Al Gore
Branson juga merupakan kenalan rapat kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.
“GreenRoad telah menerima kurang daripada $ 40 juta setakat ini daripada Green Fund Virgin Richard Branson, Balderton Capital di London, Benchmark dan DAG Ventures.

“Pada Isnin syarikat itu (GreenRoad) akan mengumumkan satu lagi (dana sebanyak) $ 10 juta (diterima) daripada Generation Investment, dana dimulakan oleh Al Gore dan David Blood, bekas CEO Goldman Sachs,”lapor techcrunch.com.

Tiada ulasan: