KOTA BHARU: PAS sudah menyerahkan semua dokumen berkaitan tindakan untuk menyaman Sarawak Report, kepada peguamnya untuk penelitian, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan
Beliau berkata peguam yang dilantik oleh parti itu akan mengkaji dokumen berkenaan manakala dokumen tambahan akan diberikan sekiranya diperlukan.
“Antara
dokumen yang diberikan kepada peguam, dua hari lepas ialah kenyataan
balas penafian daripada pemimpin PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul
Hadi Awang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.f
Takiyuddin
yang juga anggota Parlimen Kota Bharu ditanya perkembangan tindakan
parti itu untuk menyaman portal berita berkenaan yang berpangkalan di
London berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap PAS.
Sebelum
ini, Sarawak Report mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta
daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden
UMNO, sekali gus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat
beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan