Kedegilan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu menyebabkan DAP melabelkannya sebagai bodoh.
“DAP menggelar PKR bodoh sebab menolak diadakan PRN Selangor mengejut????
“Wah!!! … siapa tidak sehaluan dan sependapat dengan DAP dalam Pakatan Harapan dilabelkan sebagai bodoh???? … Begitu kah????
“Cakap itu hari bukan main berdegar-degar .. tiada lagi istilah bersetuju untuk tidak bersetuju … semua keputusan berdasarkan kepada konsensus dan muafakat bulat ketat.
“Yang ini baru tidak bersetuju teruskan dikatakan bodoh!!!! Apakah PKR sanggup terima cemuhan, cacian dan penghinaan ini??? Hina, jelek dan jijik sungguh PKR dimata dan hati DAP ek???, ” ulas Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook ketika mengulas laporan Malaysiakini bertajuk “‘Bodoh adakan p’raya kemudian’ – DAP S’gor tetap mahu p’raya awal”
“Adalah bodoh jika kamu berkata kita harus mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai,” kata Pua yang menegaskan keputusan mengadakan pilihan raya mengejut diputuskan pada mesyuarat tergempar DAP megeri malam semalam.
Desakan DAP Selangor menuntut pilihan raya mengejut di negeri itu menyusul selepas saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar negeri itu mengadakan pilihan raya mengejut dua hari lepas.
Kit Siang dalam kenyataannya berkata Pakatan Harapan perlu menimbang untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor untuk mengelak UMNO mengambil alih kerajaan negeri melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan