shahbudindotcom
Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia atau SPR adalah sebuah badan bebas. Kerja mereka
ialah menguruskan perjalanan pilihanraya dan perkara-perkara lain yang
berkaitan dengannya
Antara
perkara lain berkaitan pilihanraya yang menjadi tugas SPR ialah
mendaftar pengundi dan melakukan persempadanan semula kawasan-kawasan
Parlimen dan juga DUN.
Berbanding
menguruskan perjalanan pilihanraya atau melakukan pendaftaran pemilih,
melakukan persempadanan atau melukis semula kawasan-kawasan pilihanraya
seringkali menimbulkan bantahan serta rungutan.
Mengikut
undang-undang, persempadanan kawasan pilihanraya perlu dilakukan pada
setiap lapan hingga sepuluh tahun sekali. Ia bertujuan mengelakkan
ketidakseimbangan pengundi berikutan kemungkinan berlakunya pertambahan
penduduk dalam tempoh tersebut.
Kali
terakhir persempadanan semula peringkat Parlimen dilakukan ialah pada
2003, di Sabah pada 2005 dan di Sarawak pada 2015 yang lalu.
Persempadanan
semula kawasan pilihanraya yang biasanya menyaksikan jumlah kerusi
Parlimen turut ditambah, memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan
Rakyat. Itulah yang berlaku sebelum ini seperti yang dilakukan SPR pada
2003, 1994 dan tahun-tahun sebelumnya.
Dalam
persempadanan yang dicadangkan SPR kali ini, ia tidak melibatkan
pertambahan jumlah kerusi Parlimen, sebaliknya hanya kawasan-kawasan
pilihanraya itu dilukis semula atau dipecah-pecahkan.
Oleh
kerana ia tidak melibatkan pertambahan jumlah kerusi Parlimen, maka
kelulusan dua pertiga di Dewan Rakyat adalah tidak diperlukan.
Persempadanan kali ini hanya memerlukan undi majoriti mudah daripada
Ahli-Ahli Parlimen saja.
Banyak
isu timbul dalam persempadanan kali ini. Antara yang paling
diperbualkan ialah kawasan Melayu dikecilkan, manakala kawasan yang
majoriti bukan Melayu dibesarkan lagi. Lantaran itu, lukisan baru
kawasan pilihanraya ini dilihat seolah-olah untuk memberi kelebihan
kepada UMNO memenangi banyak kerusi Parlimen dalam PRU 14 akan datang
yang menyaksikan "pertarungan hidup atau mati" bagi karier Najib.
Dengan
kawasan Melayu dikecilkan, melalui mainan sentimen perkauman, selain
kuasa wang dan penggunaan jentera kerajaan, ia dikatakan mampu memberi
kelebihan kepada UMNO. Ia juga seolah-olah memperlihatkan kawasan bukan
Melayu dan campuran yang dibesarkan itu dilonggokkan untuk dimenangi
oleh parti-parti pembangkang.
Berikutan
itu, yang banyak membantah ialah parti-parti politik pelbagai kaum dan
bukan Melayu. Dalam Pakatan Harapan, semua parti meluahkan bantahan,
manakala dalam BN, yang kuat memprotes ialah MCA dan Gerakan. MCA dan
Gerakan bagikan dapat melihat nasib mereka hanya sebagai "penumpang
tanpa kerusi" saja dalam BN selepas ini.
UMNO, walaupun turut membantah, tetapi hanya di satu dua kawasan saja yang seolah-olah sebagai syarat semata-mata.
Dalam
ertikata lain, jika Ahli-Ahli Parlimen BN menyokong usul persempadanan
baru ini, maka ia pasti diluluskan, diterima dan digunakan dalam PRU 14
akan datang.
Soalnya,
mengapa SPR tidak melakukan tambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri
yang wujud banyak pertambahan bilangan penduduk serta kawasan perumahan
baru seperti di Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan
lain-lainnya?
Tidakkah
dengan hanya melukis semula dan bukan melakukan pertambahan kerusi
Parlimen, ia dengan sendirinya menunjukkan SPR terikat kepada kedudukan
BN dan kerajaan yang tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen?
Bagaimana
jika misalnya ketika ini BN mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan
Rakyat, adakah pecahan kawasan yang menyaksikan pertambahan jumlah
kerusi Parlimen yang akan dilakukan oleh SPR serta dicadangkan kepada
kerajaan atau sekadar lukisan semula sepertimana yang dilakukannya
sekarang?
Dalam
hal ini, sesuai dengan kedudukannya sebagai badan bebas serta
berkecuali, SPR seharusnya membuktikan dirinya benar-benar bebas serta
tidak terikat kepada parti yang sedang menguasai kerajaan, walaupun
pihak kerajaan yang akan membentangkannya di Parlimen.
Jika
pecahan kawasan yang disertai dengan pertambahan kerusi Parlimen itu
dilakukan dengan adil, objektif dan benar-benar mengambil kira
pentingnya keseimbangan pengundi di semua kawasan pilihanraya, sudah
pasti Ahli-Ahli Parlimen, sama ada BN atau pembangkang, tidak ada
masalah untuk memberikan sokongan mereka.
Bukankah
SPR sepatutnya memberikan khidmat untuk kepentingan pengundi dan rakyat
serta tidak bergantung kepada sama ada BN dan kerajaan ada majoriti dua
pertiga atau tidak di Parlimen?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan