MALAYSIAKINI
Sebuah mahkamah di New Delhi mengeluarkan waran tangkap ke atas ahli
perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan dan pembantunya Augustus Ralph
Marshall selepas mereka didakwa gagal bekerjasama dengan pihak berkuasa
India sejak dua tahun lalu.
Menurut laporan The Times of India saman untuk kedua-dua mereka gagal diserahkan dengan cara biasa melalui saluran perundangan antara negara.
"Pihak berkuasa Malaysia menolak menyerahkan saman berkenaan. Dalam
keadaan begitu satu-satunya cara yang ada ialah untuk menghubugi
Interpol. Justeru pengeluaran waran (tangkap) adalah perlu
"Dalam keadaan saman seterusnya gagal disampaikan menjadi hak
pendakwa untuk memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh," kata
mahkamah yang dipetik akhbar berkenaan.
Pada 2014 Biro Siasatan Pusat India mengemukakan tuduhan ke atas
Krishnan dan Marshall serta ahli politik di selatan India yang juga
bekas menteri telekomunikasi negara itu, Dayanidhi Maran atas dakwaan
rasuah.
Mereka dituduh bersubahat membantu kumpulan Maxis menguasai sebuah syarikat telefon India pada 2006.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan