SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memerinci tindakan undang-undang yang
boleh diambil untuk membatalkan cadangan persempadanan semula kerusi
DUN dan Parlimen, yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas
badan itu gagal mengemukakan alasan bernas bersabit perkara itu, kata
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Saya dan kerajaan negeri akan mengarahkan peguam kami untuk mengkaji
segala tindakan perundangan yang boleh di ambil (terhadap SPR)," kata
beliau dalam satu kenyataan.
Kerajaan Selangor sebelum ini mengutus surat kepada SPR untuk berjumpa
pimpinan badan itu serta mendapatkan penjelasan mengenai
cadangan-cadangn persempadanan yang menimbulkan keresahan di kalangan
parti pembangkang dan juga Barisan Nasional.
SPR menegaskan segala cadangan itu, termasuk yang melibatkan
perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain, masih tertakluk
kepada proses bantahan yang merangkumi sesi inkuiri awam.
Justeru ia menasihatkan semua pihak untuk membuat bantahan mengikut
saluran yang di tetapkan bagi membolehkan ia di pertimbangkan.
Azmin bagaimanapun membidas SPR kerana tidak memberikan penjelasan sebagaimana yang diinginkan oleh kerajaan negeri.
Beliau mendakwa cadangan-cadangan SPR itu tidak berasas dan harus di
tolak. Dalam kenyataan itu, beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama
ada akan menyertai proses bantahan yang di tetapkan oleh SPR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan