shahbudindotcom
Presiden
Perkasa, Ibrahim Ali yang sinonim dengan beberapa aksi tunjuk perasaan
pada tahun 70an berkata, beliau tidak ingat jika Zahid Hamidi turut
pernah terlibat dalam mana-mana demonstrasi awam ketika itu.
Kena tanya dengan Zahid Hamidi sendirilah, kata beliau.
Antara
demonstrasi yang pernah disertai oleh Ibrahim pada tahun-tahun 70an
ialah membantah kemiskinan di Baling dan menuntut ITM (sekarang UiTM)
dinaikkan taraf sebagai universiti.
Berkaitan demonstrasi Baling, Ibrahim kemudian ditahan di bawah ISA bersama-sama dengan Anwar Ibrahim selama dua tahun.
Dalam
politik pula, Ibrahim turut terlibat aktif dalam tunjuk perasaan
sehingga tercetusnya huru-hara yang menyebabkan UMNO dapat mengambil
alih negeri Kelantan pada tahun 1978.
Ibrahim
juga terlibat dalam tunjuk perasaan berkaitan isu pribumi dan
menyebabkan sekali lagi ditahan di bawah ISA selama 60 hari pada tahun
1987.
Bagaimanapun
kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, beliau gembira jika Zahid
Hamidi dapat menunjukkan demonstrasi mana yang pernah disertainya serta
berkaitan isu apa tunjuk perasaan tersebut.
Tetapi, saya tidak ingat dan tidak pernah berjumpa beliau dalam mana-mana demonstrasi tahun 70an, tambah Ibrahim lagi.
Ibrahim
berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri,
Zahid Hamidi yang mengatakan demonstrasi jalanan tidak mampu
menyelesaikan sebarang masalah dalam negara kerana pernah berpengalaman
sebagai "bapa demo" pada tahun 70an dahulu.
Malah
Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lembah Pantai juga
dipetik sebagai berkata, demonstrasi anjuran Bersih selama ini masih
dikira kecil-kecilan saja.
Bukan nak menghina mereka, ini (merujuk dirinya) bapa demonstrasi dulu, ujar Zahid lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan