Jumaat, 5 Ogos 2016

TMJ tak setuju jadi presiden FAM

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menerima jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti yang dibayangkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin semalam.
 
TMJ menolak jawatan tersebut bagi mengelak wujudnya konflik kepentingan melibatkan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dimiliki beliau.
 
“Saya tidak bersetuju untuk menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT.
 
“Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya,” katanya menerusi laman Facebook rasmi kelab Harimau Selatan, JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.
 
Semalam Khairy memberi bayangan mengenai kemungkinan besar penglibatan TMJ di dalam FAM pada masa akan datang. 
 
Sebelum ini terdapat desas-desus menyatakan TMJ bakal mengambil alih pucuk pimpinan tertinggi FAM selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meninggalkan badan induk itu tidak lama lagi. 
 
 

Tiada ulasan: