Jumaat, 5 Ogos 2016

Razif Letak Jawatan Mb, Boleh Selesai Masalah Utama


 
Oleh Naraza Muda


Bagi memastikan pentadbiran kerajaan Terengganu berjalan lancar dan tidak mengheret rakyat ke kancah yang lebih parah, maka LETAK JAWATAN sebagai Menteri Besar Terengganu adalah satu langkah yang boleh menyelamat kepada semua keadaan keserabutan hari ini.

Kenapa Ahmad Razif tidak memilih langkah ini? Jika dia ambil pendekatan korbankan diri untuk kestabilan politik Terengganu, bukankah nanti beliau akan dilihat seorang pemimpin yang hebat? bermaruah! dan mampu bangkit semula.

Dalam keadaan politik sekarang beliau kena melihat sejarah terdekat, Timbalan Perdana Menteri gugur, Menteri Besar Kedah gugur, walaupun berlaku gelombang rakyat bangkit memenuhi stadium menyatakan sokongan kepada anak bekas Perdana Menteri ini.

Selepas orang nombor dua negara dipecat dari Timbalan Perdana Menteri tiada lagi keserabutan di sebelah Najib, bahkan beliau dipecat dari UMNO, penyokong beliau di Pagoh tidak turun berarak di jalan-jalan raya. Tindakan ini menyelamatkan keadaan sementara waktu. Apatah lagi kini Muhyyiddin tiada kuasa lagi...hanya seorang bekas Timbalan Perdana Menteri..

Begitu juga nasib bekas Menteri Besar Kedah, mempunyai kelulusan tinggi dan anak seorang tokoh negarawan, sudah tidak ada nilai kehebatan bila sudah dipecat dari Jawatan MB dan UMNO. Beliau melalui proses haraki parti, tetapi tersungkur juga dan kerusi Menteri Besar hanya diganti dengan seorang tokoh yang tidak punyai kelulusan pendidikan tinggi pun...

Kembali kita senario kemelut pentadbiran yang melingkari Terengganu sekarang ini. Jika Ahmad Razif melangkah keluar atau mengundur diri dari kerusi MB, tindakan beliau akan dapat memulihkan dari apa yang sedang melanda sekarang, tidak perlu sampai ditarik gelaran dan terjatuh dengan perbagai cara.

Kini beliau merasakan dirinya hebat, diberi nyawa kedua, mampu melepaskan diri dari cadangan usul undi tidak percaya di Sidang Dewan Undangan yang lalu. Beliau bangga terus menjadi Menteri Besar walaupun Istana mengarahkan dikembalikan gelaran Dato' Seri.

Tetapi Ahmad Razif lupa, mungkin dia sengaja melupakannya sejarah-sejarah politik tanahair. Atau dia seorang yang ego, keras keng dan tidak kisah orang kata, janji aku terus jadi MB. Ini mengundang masalah dia kepada kehancuran seluruh UMNO Terengganu.

Pertembungan beliau bukan dengan PAS, tetapi beliau sedang berhadapan dengan krisis dalaman UMNO yang lawanya juga kini masih ahli UMNO dan digelar NELANG oleh rakyat Terenganu. Sekarang beliau cuba melibatkan kedudukan seluruh kepentingan dalam UMNO Terengganu untuk menyelamatkan dirinya seorang, walaupun nanti beliau akan mengungkapkan tindakan beliau ini untuk menyelamatkan UMNO, ini ungkapan biasa pemimpin UMNO yang sedang bergelut dengan krisis.

Jika beliau letak jawatan sebagai Menteri Besar, maka salah seorang dari Adun UMNO yang lain akan dilantik mengantikan beliau. 15 Adun selain beliau dan Ahmad Said layak diangkat nama untuk kerusi MB, kenapa jalan ini tidak dipilih jika benar sayangkan kestabilan kerajaan?

Ahmad Razif berpegang kepada dia masih mendapat sokongan dari Perdana Menteri, Ahmad Said meneruskan onar ini kerana mengatakan tindakan Najib mengekalkan dan menolak cadangan menukar Razif adalah tidak cerdik, dalam ertikata lain 'bodo'

Apakah pelan bertindak Razif untuk hadapi kemarahan rakyat, kemarahan pengundi dan kakitangan awam dalam menyelesaikan krisis 'serabut perut' ini tanpa mengheret rakyat kekancah Pilihan Raya Negeri dan memastikan pembangunan negeri serta kebajikan rakyat terus terjamin.

Tindakan beliau mentiadakan dana remaja di tujuh kawasan Parlimen bakal mencipta satu lagi kemarahan anak-anak muda remaja Terengganu. ( geger doh dalam media sosial, kata orang, kalu tak dok angin masakan pokok bergoyang). Ini menambah panas hati remaja Terengganu bila mendapat tahu hanya Kuala Nerus sahaja akan dibayar dana remaja buat masa ini, maka satu lagi keserabutan, kecelaruan yang sedang melanda Kerajaan Terengganu.

Jangan sampai orang muda Terengganu mengeluarkan ayat "nampok buka baik, air muka jernih, ambik tah perangai, duk jaga temolok sendiri, orang lain lok mapuh dok ape"......

Oleh itu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar adalah jalan terbaik buat En. Ahmad Razif Abdul Rahman. Tidak perlulah tunggu kekecohan Sidang Dewan Undangan Negeri terpendek pada 8hb Ogos ini.

Buang ego, jangan nelang dok kena tempat. Tidak perlu memahat sejarah dengan krisis negeri Terengganu menjadi krisis politik terpanjang dalam sejarah. Jangan sampai TTB menjadi 'Tranung Terus Bolok'

*Naraza Muda ,Naib Presiden Kelab Profesional Penyokong PAS

Tiada ulasan: