Khamis, 4 Ogos 2016

Polis Patut dakwa Khairul buat laporan palsu


 
Oleh DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR

1.Saya hairan kenapa Ketua Polis Negara mengumumkan kes laporan polis budak Khairul suruhan Umno terhadap tiga Tan Sri dihentikan,dalam maksud kes itu ditutup. saya boleh bersetuju dengan alasan Ketua Polis Negara yang mengatakan laporan budak Khairul suruhan Umno dibuat hanya bersasaskan andaian semata mata.


2.Persoalannya, kenapa dihentikan siasatan kes tanpa tindakan terhadap Khairul budak suruhan Umno ini. Jika KPN menganggap laporan budak tersebut berasaskan andaian semata, ini bermakna laporan tersebut adalah laporan palsu yang berniat jahat yang telah membina pesepsi kebencian dan permusuhan rakyat terhadap penjawat dan bekas penjawat awam dengan tuduhan yang sangat berat.

3.Semasa budak Khairul buat laporan polis, budak ini menyatakan dalam sidang media di hadapan balai polis tersebut pada 26 July sebaik sahaja selesai buat laporan. Kata budak Khairul suruhan Umno Ketiga-tiga Tan Sri tersebut didakwa memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk FBI.

4.Kata budak Khairul suruhan Umno lagi Ketiga tiga Tan Sri tersebut telah memberikan maklumat sulit tersebut kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah daripada pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.Sebahagian besar maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.

5.Bila ditanya berkenaan dokumen yang dibekalkan oleh ketiga-tiga individu berkenaan,budak Khairul berkata, beliau hanya akan berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab dan terpulang kepada pihak polis menentukan bila beliau boleh berbuat demikian.Maknanya ketika membuat laporan polis itu, budak Khairul mengakui ada bukti dan dokumen-dokumen tertentu dalam tangannya.

6.Kenapa tiba tiba selepas dipanggil polis, semua dakwaan disahkan pihak polis hanya berdasarkan andaian-andaian sahaja. Adakah KPN terpaksa menutup kes ini kerana bimbang jika disiasat akan membongkarkan kertas siasatan dan pendakwaan sebenar yang disiasat oleh tiga Tan Sri ini bersama pasukan jabatan mereka.

7.Apa pun budak Khairul suruhan Umno tidak boleh dilepaskan oleh Polis. Budak Khairul mesti didakwa dibawah seksyen 182 kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua duanya sekali kerana membuat laporan palsu yang disahkan dari sisatan Polis.Laporan tersebut berniat jahat terhadap tiga Tan Sri.Jangan Polis hanya mengambil tindakan kepada orang awam biasa atas kesalahan laporan palsu tetapi takut untuk bertindak terhadap budak Khairul suruhan Umno.

8. Laporan palsu yang jahat dengan restu Umno telah mengaib,mencalar dan menjatuhkan maruah nama baik tiga Tan Seri dan penjawat awam.Budak Khairul yang kurang ajar dan biadab ini mesti  didakwa.

#SiasatDakwaKhairul
#TebusMaruahPenjawatAwam
#SejahteralahMalaysia

* DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR, Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan: