Selasa, 9 Ogos 2016

PAC: Tidak perlu buka semula siasatan 1MDB

Astro Awani
PAC: Tidak perlu buka semula siasatan 1MDB
Menurut Hasan, laporan jawatankuasa tersebut telah dipersetujui semua ahlinya sebelum ia dibentang di Parlimen. - Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia  Development Berhad (1MDB) tidak  perlu  diadakan  semula.

Pengerusinya Datuk Hasan Arifin berkata, ini kerana laporan jawatankuasa tersebut telah dipersetujui semua ahlinya sebelum ia dibentang di Parlimen.

"Isi kandungan  Laporan Pengurusan  Kawalan  Urus  Tadbir  Syarikat  1MDB  yang diterbitkan oleh PAC juga telah dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa," kata Hasan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, rumusan PAC dalam laporan berkenaan jelas  meminta tindakan  tegas diambil terhadap pengurusan 1MDB yang bertanggungjawab.

Tiada ulasan: