Oleh Zulhazmi Shariff
Menteri yang baru dilantik dalam rombakan Jemaah Menteri baru-baru ini, Tan Sri Noh Omar dilaporkan membayangkan cadangan mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melaksanakan program kutipan dana awam bagi menampung perbelanjaan sekolah.
Cadangan tersebut ditempelak Ahli Parlimen Segambut YB Lim Lip Eng yang mempersoalkan ke mana perginya dana Kerajaan untuk melicinkan perjalanan pendidikan Negara.
Kerajaan sanggup berhabis dana membina bangunan pencakar langit dan sebagainya sedangkan perbelanjaan pembangunan pendidikan hendak diletakkan di bahu ibu bapa dan guru.
Sebenarnya isu perbelanjaan sekolah bukan suatu perkara baru malah sudah berlarutan sekian lama dek kerana kekangan belanjawan daripada Kerajaan.
Dalam Belanjwan 2016 yang dibentangkan tahun lalu oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri atau individu disyaki “Malaysia Official 1” (meski dinafikan) jelas bahawa peruntukan belanjawan pendidikan mengalami pengurangan.
Ada sekolah-sekolah yang terpaksa mengusulkan dan kemudian memutuskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG untuk mengutip yuran daripada ibu bapa bagi menampung perbelanjaan sekolah.
Perbelanjaan bagi kertas peperiksaan contohnya, ada sekolah meminta ibu bapa membuat bayaran sejumlah wang. Ada sekolah yang meminta ibu bapa menyumbangkan kertas dan sebagainya.
Noh Omar boleh menempelak Ahli Parlimen Segambut kononnya tidak reti bahasa tetapi hakikatnya yang tidak reti bahasa malah bertindak melepaskan tanggungjawab pendidikan ialah Noh Omar sendiri.
Pendidikan adalah tanggungjawab Kerajaan. Bagaimana Kerajaan boleh bertindak melepaskan tanggungjawab tersebut dan meletakkannya kepada ibu bapa untuk mencari dana?
Tidak cukup lagikah ibu bapa, guru dan anak-anak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Sekarang ibu bapa, guru dan anak-anak hendak pula diminta mencari dana sendiri?
Apa makna sekolah bantuan penuh kerajaan jika belanjawan sekolah perlu diletakkan atas bahu ibu bapa?
Apa lagi yang kita rakyat Malaysia akan tanggung? Hutang judi kita tanggung. Hutang joli kita tanggung. Hutang Jho Low pun kita juga tanggung. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan