TOKUSHIMA - JEPUN. Seorang wanita maut manakala seorang wanita cedera
selepas dilanggar seorang pemandu lori yang bermain Pokemon Go ketika
memandu, semalam.
Laporan Reuters mengatakan pemandu lori tersebut mengaku bermain permainan berkenaan selepas ditangkap.
"Dia masih lagi dalam tahanan polis. Tiada sebarang keputusan dibuat sama ada mahu mendakwanya atau tidak," kata jurucakap polis Tokushima.
Sementara itu, penerbit permainan Pokemon Go, Niantic mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
"Syarikat Pokemon dan Niantic cuba untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk orang ramai bermain permainan tersebut," kata jurucakap Niantic.
Setakat ini, Niantic menyertakan 'pop-up' amaran di dalam permainan berkenaan yang melarang pemainnya bermain ketika memandu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan