Ketua
Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini menyatakan tiada siasatan
akan dijalankan terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun
yang menuduh "Tiga Tan Sri" terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan
Najib Razak atas alasan ia hanya berdasarkan andaian semata-mata.
"Tiga
Tan Sri" yang dikaitkan itu ialah Gani Patail, bekas Peguam Negara, Abu
Kassim Mohamed, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dr Zeti Akhtar Aziz,
bekas Gabenor Bank Negara.
Sejujurnya,
banyak pihak mahukan dakwaan Khairul Azwan itu disiasat oleh polis
kerana hanya setelah siasatan dijalankan, barulah diketahui siapa benar
dan siapa salah.
Bahkan,
setelah Khairul Azwan bersuara kemudiannya bahawa laporan polisnya
bukan berdasarkan andaian, malah yakin tindakannya adalah berasaskan
kebenaran, Khalid masih lagi tidak memberi apa-apa respon mengenainya.
Dalam
hal yang sama pula, Tun Mahathir Mohamad sudah dua kali membuka mulut
berkenaan dengannya. Pertama kali, pada 21 Ogos lalu, beliau menyatakan
"Tiga Tan Sri" berkenaan telah dikhianati oleh salah seorang dari
kalangan mereka.
Kata beliau, jika tidak dikhianati, Najib Razak sudah pun berdepan dengan tindakan daripada pihak berkaitan sekarang ini.
Ketika itu, Tun Mahathir tidak menyebut siapakah yang mengkhianati "Tiga Tan Sri" terbabit kerana bimbang dirinya akan disaman.
Saya tak boleh biarkan mereka menyaman saya sebab saya tidak memiliki banyak wang seperti Najib, tambahnya lagi.
Bagaimanapun, hari ini Tun Mahathir mula berterus-terang dengan memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan perkara yang sama.
Menurut beliau, terdapat empat Tan Sri daripada kalangan mereka dan seorang daripada mungkin telah khianat.
Rasanya
tidak sukar untuk meneka siapakah Tan Sri yang di bayangkan oleh Tun
Mahathir itu kerana mereka pernah berada dalam pasukan khas yang
menyiasat berkenaan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib
sebelum ini.
Bagaimanapun,
bekas Perdana Menteri itu enggan mengia atau menidakkan apabila ditanya
sama ada Tan Sri yang dimaksudkannya itu ialah Khalid Abu Bakar, sambil
berkata, "saya tak tahu, saya tak tahu, saya tak mahu ditangkap."
Dengan
perkembangan ini, Khalid nampaknya sudah tiada pilihan lain melainkan
membuka kertas siasatan secara menyeluruh, bukan saja berkaitan
penggulingan Najib sebagaimana yang didakwa Khairul Azwan, bahkan juga
sama ada benar atau tidak "Tiga Tan Sri" terbabit telah dikhianati
serta siapa yang mengkhianati mereka.
Kenapa mereka dikhianati? Apakah tindakan yang mahu mereka ambil terhadap Najib? Apa dan besar mana kesalahan Najib itu?
Adakah
sebelumnya keempat-empat Tan Sri berkenaan sudah bersetuju untuk
bertindak terhadap Najib, tetapi kemudian salah seorang daripadanya
telah bersikap khianat?
Apakah punca perbuatan khianat itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan