Selasa, 2 Ogos 2016

Kembalikan maruah dan air muka rakyat, kata Pemuda Amanah

 
 
Shazni Munir Mohd Ithnin Shazni Munir Mohd Ithnin Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib  Razak yang seolah-olah menyatakan  'Malaysian Official 1' bukan dirinya, tidak membebaskan beliau daripada tanggapan umum bahawa 'Malaysian Official 1' merujuk kepada seorang  berjawatan Perdana Menteri.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Muni Mohd Ithnin berkata,cemuhan masyarakat dunia terhadap perilaku jelik 'Malaysian Official 1' dan konco-konconya dalam jenayah 1MDB jelas memberikan imej buruk kepada negara.

"Perbuatan khianat yang menjejaskan kepercayaan awam ini telah mencemarkan maruah dan air muka rakyat dan seluruh pejuang kemerdekaan yang telah bermati-matian mendaulatkan negara dengan darah dan air mata.

"Justeru, perkara ini perlu disiasat secara serius dan segera. 'Silent mode' pihak berkuasa terhadap isu ini hanya menambah buruk imej negara dan mengundang jenaka warga dunia terhadap sistem penguatkuasaan di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan 'Malaysian Official 1' wajib ditangkap dan disiasat segera.

Tindakan ini akan mengembalikan semula air muka rakyat yang diconteng arang oleh penjenayah-penjenayah terhormat. Kebanggaan sebagai Bangsa Malaysia yang bertahun-tahun kita junjung ternyata lebur di tangan manusia misteri.

"Kita yakin dan percaya Ketua Polis Negara mampu bertindak secara adil dan saksama. Malanglah bagi sebuah negara jika institusi yang diharapkan untuk bertindak terhadap penjenayah memainkan peranan sebaliknya.

"Semangat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang berjuang hingga akhir boleh disusuri Ketua Polis Negara jika beliau mahu," ujarnya.

Tiada ulasan: