Bernama
Seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) melecur di paha kiri apabila power bank yang diletakkan di dalam begnya secara tiba-tiba terbakar.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa yang hanya mahu dikenali
sebagai Awie, 43, berkata ketika kejadian beliau sedang bertugas
membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit.
"Saya duduk di kerusi sambil memangku beg di atas paha, tiba-tiba
seorang wanita menjerit melihat beg saya terbakar di bahagian bawah,"
katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur.
Beliau kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati akibat melecur teruk di bahagian paha kirinya.
"Power bank itu hadiah yang saya terima semasa membuat liputan dan baru menggunakannya semalam, saya juga telah mengecas penuh power bank itu namun tidak sempat menggunakannya hari ini.
Katanya, akibat kejadian itu, separuh paha kirinya melecur, dua pen drive di dalam beg hangus manakala beg tersebut berlubang di bahagian bawah dan kesan terbakar.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan